Tuesday, December 28, 2010

gambar keluarga saya



Gambar-gambar unik
LATAR BELAKANG JEAN PIAGET
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."

Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Ibnu Khaldun
Zaman moden dan kajian sosiologi telah dirujuk sebagai bermula di Barat. Namun, sarjana Islam menegaskan bahawa ilmu sosiologi telah ada beratus tahun lamanya sebelum lahirnya perkataan sosiologi. Kajian sosiologi telah diasaskan oleh tokoh pemikir Islam iaitu Abdul ar-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami yang mengkaji masyarakat berpandukan unsur ketuhanan. Beliau juga telah menghubungkan pemikiran sosiologi dengan pemerhatian sejarah. Kajian masyarakat menurut pandangannya merupakan, “bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya yang tersendiri-ia ini peradapan manusia dan organisasi sosialnya. Ia juga memiliki permasalahan-permasalahannya yang tersendiri, ia ini menerangkan secara tersusun akan gejala-gejala yang ada hubungannya dengan hakikat peradapan. Dengan demikian keadaan ini adalah sama sebagaimana sains lain, sama ada ianya berbentuk konvensional ataupun intelektual” (Ibnu Khaldun 1993). Saleh Faghirzadeh mengatakan bahawa Ibnu Khaldun menyebabkan sains sosiologi telah “muncul sebagai suatu sains tersendiri dan Ibnu Khaldun sebagai seorang pemikir sosial yang mengambil masyarakat sebagai paksi kepada suatu sains yang lain daripada yang lain” (2004).
Dalam perspektif Islam yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun, ciri-ciri masyarakat yang dianggap moden telah wujud lama sebelum revolusi perindustrian di Eropah. Masyarakat Islam sebenarnya telah mencipta tamadun moden. Perkara moden ini banyak dibincangkan oleh Ibnu Khaldun dalam karyanya Mukadimah telah membincangkan dengan mendalam mengenai peradapan Badwi, pembentukan kerajaan, kewujudan negara kota, perhubungan sosial, perkembangan ekonomi dan tentang ilmu pengetahuan. Beliau membezakan antara masyarakat primitif dan moden. Malah Ibnu Khaldun telah memperkenalkan beberapa konsep penting sosiologi seperti perbandingan desa dan kota, asabiyah atau solidariti sosial, perubahan sosial serta bidang-bidang berkaitan sosiologi politik, ekonomi dan sejarah. Tegasnya isu-isu yang disentuh meliputi aspek-aspek ekonomi, sosial dan politik, Khaldun telah:
• Mengkaji perubahan dan fenomena sosial
• Mengkaji perkaitan antara institusi-institusi sosial
• Membezakan antara masyarakat primitif dan moden
• Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah
• Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal
Khaldun adalah seorang aktivis. Kehidupannya dipenuhi oleh perjuangan sosial, sentiasa mempersoalkan keadilan dalam masyarakat. Baginya keadilan diperjuangkan untuk kesejahteraan manusia. Khaldun mengiktiraf kewujudan masyarakat yang berstratifikasi tetapi menolak ketidakadilan. Khaldun tidak menganjurkan pertentangan revolusi tetapi mahukan supaya perubahan secara reformasi sosial. Berdasarkan apa yang dimulakan oleh Khaldun, sosiologi daripada perspektif Islam mempunyai unsur-unsur berikut:
• Berteraskan agama
• Berbentuk aktivisme sosial
• Mengkaji interaksi mikro dan makro
• Konsep utama adalah keadilan untuk kesejahteraan masyarakat
• Tidak memisahkan agama dengan aspek-aspek lain seperti ekonomi, sosial dan politik.
Keseluruhannya kaedah kajian sosial yang digunakan oleh Ibnu Khaldun tidak berbeza daripada metodologi kajian yang dianggap saintifik yang dibuat oleh tokoh-tokoh awal Barat. Beliau mengkaji masyarakat dengan cara pengkajian yang saintifik dan melakukan penyelidikan empirikal dalam mencari punca-punca fenomena sosial. Apa yang membezakan adalah sosiologi Khaldun adalah berpandu dan bermatlamatkan agama sepertimana yang sering diungkapkannya, “Ilmu pengetahuan hanya datang daripada Allah yang Berkuasa, yang Maha Bijaksana”. Ibnu Khaldun sebagai pelopor kepada kajian sosiologi sebelum ia berkembang di Eropah, itulah yang dapat kita rumuskan tentang Ibnu Khaldun.




ISU BERKAITAN ORGANISASI DI SEKOLAH ASSAIYIDAH KHADIJAH


Selain daripada mengajar guru juga bertindak sebagai pendidik yang boleh membentuk jiwa dan jatidiri pelajar. Oleh itu, program-program diluar kelas perlu diatur untuk pelajar agar dapat diterapkan nilai-nilai murni kedalam diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalani sewaktu program berlangsung. Namun hal ini tidak akan terlaksana jika hanya pihak guru yang terlibat sedangkan pihak pentadbir mengambil sikap seolah-olah tidak ada apa-apa program yang sedang berjalan. Dan majlis perasmian yang sepatutnyadihadiri olehnya juga tidak dihadiri. Hal ini menyebabkan banyak protes dilakukan oleh guru-guru samada secara tersembunyi ataupun terang-terangan.

Isu kedua ialah mengenai semakan rancangan mengajar oleh GB. Bagi subjek diniyyah(agama) rancangan mengajar disediakan oleh guru dalam bahasa Arab. Hal ini menjadi masalah kerana GB sekolah kami adalah seorang yang bukan dari aliran agama dan beliau merupakan guru bahasa Inggeris. Akan tetapi beliau tetap menandatangani rancangan mengajar yang dihantar oleh guru pada setiap minggu walaupun tidak memahami isi kandungan rancangan mengajar tersebut.

Sekolah kami ialah sekolah perempuan dan sebahagian daripada pelajarnya tinggal di asrama. Sepatutnya pihak pentadbir melantik guru perempuan sebagai warden asrama bagi memastikan kebajikan dan juga keselamatan pelajar tersebut terpelihara. Disamping itu juga guru perempuan lebih mudah memeriksa pelajar sekiranya terdapat salah laku yang dilakukan oleh pelajar. Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana seorang guru lelaki ditugaskan sebagai warden dengan alasan rumah beliau berhampiran dengan asrama. Oleh itu berlaku berbagai-bagai insiden contohnya apabila pemeriksaan hendak dilakukan oleh warden ada dikalangan pelajar yang menyorokkan barang-barang larangan didalam pakaian dan ada juga yang tidak menuup aurat. Ini menyulitkan pemantauan dibuat terhadap pelajar.

Video Program Sehari Bersama JPAM